Perdana Menteri Britain masuk ICU


PERDANA MENTERI
Britain, Boris Johnson dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) berikutan gejala Covid-19 yang dialaminya semakin teruk.

Jurucakap Downing Street dalam satu kenyataan berkata Johnson dipindahkan atas nasihat pasukan perubatannya dan kini sedang menerima rawatan terbaik, lapor BBC.

"Perdana Menteri kini di bawah jagaan para doktor di Hospital St Thomas di London selepas dimasukkan ke wad dengan simptom koronavirus yang berterusan.

"Sepanjang tengah hari Isnin, keadaan perdana menteri semakin membimbangkan dan atas nasihat pasukan perubatan, beliau telah dipindahkan ke unit rawatan rapi di hospital tersebut," tulis kenyataan itu.

Johnson pada 27 Mac lalu mengumumkan diuji positif wabak itu setelah mengalami simptom termasuk demam dan batuk.

Beliau seterusnya menjalani kuarantin sendiri di kediamannya di Downing Street. Pada Ahad, Beliau dimasukkan ke hispital apabila menunjukkan 'simptom berterusan'.

Sementara itu, Johnson juga dilapor telah meminta Setiausaha Luar Dominic Raab, yang merupakan Setiausaha Pertama Negara untuk mewakilinya bagi sebarang urusan diplomatik.

Bagaimanapun Johnson dilapor masih dalam keadaan segar.

Post a comment

0 Comments