Petronas nafi tutup pelantar minyak


PETRONAS
menafikan laporan media yang mendakwa syarikat milik negara itu telah menutup 14 dari 18 pelantar minyaknya.

Melalui satu kenyataan, Petronas memaklumkan bahawa 18 pelantar Petronas masih beroperasi di perairan Malaysia.

"Petronas ingin menjelaskan bahawa syarikat tidak menutup pelantar

"Petronas juga ingin menjelaskan bahawa terdapat penangguhan sementara projek di beberapa lokasi kerja kerana perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Pada masa ini, kebanyakan projek ini telah memulakan semula kegiatan kerja atau akan disambung segera setelah mendapat persetujuan yang diperlukan dari kerajaan," tegas mereka.

Kenyataan itu menyusul sebagai respons kepada laporan New Straits Times.

syarikat itu bagaimanapun mengakui bahawa beberapa projek mungkin menghadapi kelewatan kerana keadaan ekonomi semasa.

"Petronas berusaha untuk meminimumkan kesan terhadap program perbelanjaan modal domestik yang dirancang untuk menghadapi cabaran semasa.

"Walau bagaimanapun, kami menjangkakan bahawa beberapa projek akan mengalami kelewatan kerana penutupan berpanjangan yang dilaksanakan secara global dan PKP di Malaysia, selain gangguan selanjutnya yang dijangkakan ke rantaian bekalan global," kata kenyataan itu.

Industri itu sebelum ini digemparkan dengan kejatuhan harga minyak mentah Brent ke paras AS$21,44 setong kerana sebahagian besar ekonomi global terhenti dalam usaha menangani Covid-19.

Post a comment

0 Comments