PKP: Wanita dipenjara mahu hukuman disemak semula.


SEORANG  ibu tunggal mahu hukuman dikenakan terhadapnya kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disemak semula.

B Lisa Christina, ibu kepada seorang anak lelaki berusia 6 tahun dipetik laporan sebuah portal mendakwa majistret sama telah menjatuhkan hukuman berbeza bagi kesalahan serupa dilakukan beberapa individu berbeza.

Lisa berkata dia dituduh bersama 2 yang lain yang hanya dikenakan denda maksimum RM1,000.

Difahamkan, Lisa membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya. Dia dijatuhan hukuman penjara pada 21 April.

Pusat Bantuan Guaman Selangor dilapor akan mengambil kes tersebut, permohonan semakan akan didengar di Shah Alam esok dan peguam Rajpal Singh akan berhujah bagi pihak wanita tersebut.

Sebagai rekod,  individu yang didapati melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) berdepan denda maksimum RM1,000, penjara 6 bulan, atau kedua-duanya. 

Dalam perkembang lain. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang dikritik kerana 'makan kenduri'  ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 2 minggu lalu  dikenakan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik.

Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah.

Kedua-dua mereka didakwa bersama 13 individu lain telah melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apakah 13 individu lain itu turut dituduh bawah kesalahan sama.

Post a comment

0 Comments