Presiden Korea Utara, Kim Jong Un dispekulasikan tenat


MEDIA
rasmi Korea Utara didakwa mendiamkan diri berhubung isu kesihatan pemimpin mereka, Kim Jong Un.

Rauters yang dipetik berkata, tindakan media Korea Utara itu membangkitkan persoalan berhubung keadaan kim sehari setelah spekulasi antarabangsa bertiup kencang bahawa dia dalam keadaan tenat.

Kim sebelum ini dilapor menjalani pembedahan kardiovaskular. Kesihatan Presiden Korea Utara itu didakwa merosot sejak Ogos akibat merokok, kegemukan dan terlalu banyak kerja.

Presiden AS Donald Trump, yang pernah mengadakan pertemuan empat mata sebelum ini dengan Kim pada 2018 dan 2019 dalam usaha untuk meyakinkannya untuk melupuskan senjata nuklear, berkata, laporan itu belum disahkan dan dia tidak menaruh kepercayaan besar.

"Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Kim Jong Un. Dan saya ingin melihatnya sihat. Kita akan melihat keadaannya. Kita tidak tahu apakah laporan itu benar.

"Saya hanya harap dia baik-baik saja," kata Trump pada sidang akhbar di Rumah Putih pada Selasa.

Spekulasi mengenai kesihatan Kim pertama kali timbul apabila beliau gagal hadir pada hari ulang tahun kelahiran pengasas Korea Utara yang juga adalah datuknya, Kim Il Sung, pada 15 April.

Pada Rabu lalu, KCNA memaparkan beberapa tajuk utama, termasuk tentang peralatan sukan, pemungutan mulberi, dan mesyuarat di Bangladesh untuk mempelajari "juche" atau ideologi kemandirian Korea Utara.

Surat kabar rasmi Rodong Sinmun memuatkan artikel mengenai ekonomi mandiri dan langkah-langkah menangani wabak koronavirus. Semuanya media langsung tidak menyebut tentang keberadaan Kimseperti kebiasaan.

Pada Selasa, CNN memetik seorang pegawai AS tanpa menyebut namanya yang berkata bahawa Washington sedang "memantau perisikan" bahawa Kim dalam bahaya besar selepas menjalani pembedahan.
 

Post a comment

0 Comments