Remaja maut jatuh jentera bajak


SEORANG
remaja berusia 22 tahun maut digilis jentera pembajak yang dikendalikannya.

Dalam kejadian di Kampung 20, Penaga, Pulau Pinang pada petang tadi, mangsa dipercayai terjatuh sebelum digilis tayar jentera berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.33 petang berhubung insiden tersebut.

Mayat manga dikeluarkan | Foto -Awani
Susulan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat  mangsa.

Sebaik tiba dilokasipihak bomba mendapati mangsa tersepit di bawah jentera. Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan namun petugas perubatan yang tiba di lokasi memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudianya dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB), untuk proses bedah siasat sebelum jenazahnya diserahkan kepada keluarga.
 

Post a comment

0 Comments