Remaja maut ketika memancing


SEORANG remaja lelaki dilapor meninggal dunia selepas pengsan dan terjatuh ke sungai ketika memancing.

Remaja itu, Nik Adam Syamrie Ab Rashid, 18, ditemui penduduk kampung Pauh Panji dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 6.50 petang semalam.

Seorang rakan mangsa, Raja Mohd Hakim Raja Anuar Adam, 17 memaklumkan, Nik Adamtiba-tiba dia pengsan sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Mayat mangsa dibawa ke hospital
“Saya cuba untuk mengangkatnya tetapi tidak berjaya. Saya kemudiannya mendapatkan bantuan penduduk kampung untuk membawanya ke darat,” katanya dipetik laporan sebuah portal.

Tambahnya, kejadian berlaku dengan pantas, Nik Adam tambahnya tidak ada mengadu sakit atau menunjukkan apa-apa perubahan.

“Penduduk kampung membantu menghubungi talian kecemasan sebelum ambulans dari Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) sampai ke lokasi tidak lama kemudian.

“Pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan bagaimanapun memberitahu bahawa Nik Adam Syamrie sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, pemeriksaan awal ke atas badan mangsa mendapati tidak ada kesan-kesan pergelutan dan hanya luka di bahagian dagu dipercayai akibat terjatuh di tepi sungai yang merupakan permukaan benteng simen.

“Dalam pemerhatian lanjut, mendapati tidak ada kesan jenayah bagaimanapun mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” tambah Abduk Rahim.

Post a comment

0 Comments