Rohingya: Anwar tanya mana pemimpin riuh rendah?


PRESIDEN
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin yang dulu "riuh-rendah" berucap di perhimpunan menyokong Rohingya agar tidak berdiam diri dalam isu pelarian itu.

Mengulas isu pelarian tersebut yang kembali hangat, Anwar menegaskan kerajaan sepatutny menyediakan satu kawasan khas yang dikawal untuk menempatkan pelarian terbabit.

Ia jelasnya bagi tempoh sementara sebelum mereka dihantar ke negara ketiga.

“Saya kata (cadangkan) buat kawasan sempadan bagi mereka duduk sehingga kita dan pada masa sama kita mendesak (kerajaan Myanmar) dari segi politik dan negara.

“Mana boleh Myanmar buang orang begitu sahaja dan kita kena tanggung,” katanya menerusi video Tazkirah Nuril Anwar.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengingatkan sokongan dan bantuan yang patut diberikan bukan bermakna memberikan kewarganegaraan, sebaliknya hanyalah dari segi kemanusiaan dan bersifat sementara di negara ini.

Isu Rohingya menarik perhatian ramai selepas pihak berkuasa mematahkan cubaan sebuah bot membawa 200 pelarian Rohingya memasuki negara ini pada 16 April lalu ketika negara masih bergelut dengan krisis koronavirus (Covid-19).

Pada 2016, Umno dan bergabung mengadakan himpunan solidariti kepada masyarakat Rohingya yang diadakan di Tasik Titiwangsa.

Himpunan itu menghimpunkan pemimpin kanan Umno dan PAS di satu pentas ketika kedua-dua parti belum mengadakan kerjasama secara rasmi.

"Dulu sanggup buat perhimpunan, gantung sepanduk bukan main riuh rendah satu stadium... sekarang semua senyap sebab rakyat tengah marah," bidas Anwar.

Post a comment

0 Comments