Sejam potong besi tertusuk di mata kanak-kanak


SEORANG
kanak-kanak berusia 10 tahun tertusuk besi dibahagian mata kanan ketika mahu membantu bapanya menukar tayar kereta.

Dalam kejadian di Kota Baharu malam tadi, kanak-kanak itu dipercayai cuba mengambil tayar ganti di belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora milik bapanya sebelum kejadian ngeri itu berlaku.

Susulan itu, sembilan anggota dan satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan satu jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi sebaik pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 8.54 malam.

“Ketika tiba di lokasi, didapati besi itu tertusuk ke dalam mata kanan kanak-kanak terbabit yang ketika itu berada di bawah bahagian belakang kereta.

“Bomba menghadapi sedikit kesukaran untuk membawa keluar kanak-kanak itu dari bawah kereta dan mengambil keputusan memotong tapak besi pemegang tayar ganti itu menggunakan alat pencanai dan pemotong khas.

“Proses memotong besi itu terpaksa dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati bagi mengurangkan pergerakan besi yang tertusuk dalam mata kanak-kanak itu,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie dipetik.

Menyifatkan ia sebagai operasi paling sukar pernah dilalui anggotanya, Zukeri berkata, ia mengambil mada kira-kira satu jam untuk memotong besi berkenaan.

“Bagaimanapun, bomba turut kagum dengan semangat kanak-kanak itu juga dilihat cuba menguatkan diri dan tidak merengek atau menangis sepanjang kami cuba memotong besi itu,” katanya lagi.

Sementara itu jelasnya, kanak-kanak itu dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Post a comment

0 Comments