Sejuta penduduk dunia telah dijangkiti koronavirus


PENULARAN wabak koronavirus (Covid-19) telah melumpuhkan aktiviti kebanyakkan negara.

Sehingga kini wabak itu yang belum ada penawarnya telah menjangkiti lebih satu juta orang,


Menurut data yang dikeluarkan Universiti Johns Hopkin, virus itu setakat ini telah membunuh lebih 51,000 orang.

Angka itu dicatatkan selepas wabak itu meledak di Amerika Syarikat (AS) dan jumlah kematian meningkat di Sepanyol dan Itali.

Jumlah kematian di tertinggi kini direkodkan di Itali dengan lebih 13,900 kematian. manakala Sepanyol dan Amerika Syarikat (AS)

AS mencatatkan angka kes disahkan paling tinggi iaitu sebanyak 240,000 dijangkiti.


Data yang direkod juga menunjukkan 100,000 kes pertama dicatat sekitar 55 hari, manakala 500,000 kes direkod dalam 76 hari.

Angka kes meningkat sekali ganda kepada 1 juta sepanjang lapan hari lalu.

Jumlah kes meningkat 10 peratus pada Khamis berbanding hari sebelumnya, kali pertama kadar peningkatan mencecah dua angka sejak virus berkenaan menular di luar China.

Sejumlah 117 kes dan wilayah melaporkan lebih 100 kes, 50 negara dengan wabak melebihi 1,000 dan tujuh dengan 50,000 kes atau lebih, kebanyakannya di Eropah.

Kadar kematian global kini lima peratus daripada jumlah kes, dengan beberapa negara termasuk United Kingdom, AS dan Sepanyol melaporkan peningkatan angka kematian beberapa hari kebelakangan.

Sejak direkodkan kali pertama di China hujung tahun lalu, wabak itu merebak ke seluruh dunia menyebabkan kerajaan masing-masing menutup premis perniagaan, penerbangan dibekukan dan jutaan orang diminta tidak keluar rumah bagi membendung penyebarannya.

Ekonomi dunia dijangka terjejas terus walaupun setelah pedemik ini dijangka berlalu.

Post a comment

0 Comments