Selangor lulus RM131,000 untuk bantu penduduk PPR


KERAJAAN
Selangor yang dipimpin KEADILAN meluluskan peruntukan RM131,600 untuk mengedarkan bantuan barangan keperluan asas kepada warga projek perumahan rakyat (PPR) kelolaannya.

Exconya, Haniza Mohamed Talha berkata sumbangan Program Bantuan Selangor Prihatin, seperti beras, minyak, gula, dan tepung dianggarkan bernilai RM50 itu dijangka memanfaatkan lebih 2,632 keluarga.

Ia jelasnya merupakan kerjasama antara kerajaan negeri, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan Perumahan Hartanah Selangor Sdn Bhd.

“Sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan berikutan penularan wabak Covid-19, terdapat banyak keluarga terjejas pendapatannya terutama golongan B40 termasuk penyewa PPR dan Council Homes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan antara PPR yang mendapat sumbangan tersebut ialah di PPR Kampung Baru Hicom, PPR Kota Damansara, PPR Serendah dan Council Homes Bandar Baru Bangi.

Sebelum ini ramai penduduk dilapor mengadu berdepan kesukaran memastikan ada makanan atas meja ketika ramai daripada mereka diberhentikan atau tidak mampu bekerja.

Post a comment

0 Comments