Seluruh Kuala Lumpur kini Zon Merah Covid-19


                                                          
KEMENTERIAN Kesihatan mengklifikasikan seluruh kawasan Kuala Lumpur sebagai zon merah Covid-19.

perkara itu dimaklumkan melalui akaun rasmi Facebook kementerian itu tengah hari tadi selepas daerah Cheras mencatatkan 44 kes positif penyakit itu.

"Taburan kes mengikut negeri dan daerah sehingga 12 tengah hari 5 April.

"Pertambahan kawasan zon merah terbaru iaitu Cheras menjadikan jumlah kepada 18 daerah.

Data dari Kementerian Kesihatan
"Duduk di rumah dan penjarakan sosial mampu memutuskan rantaian jangkitan," kata KKM melalui laman Facebook tersebut.

Sebelum ini Cheras masih berada dalam zon oren dengan 38 kes positif Covid-19.

Semalam berdasarkan maklumat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) ada satu zon merah dalam kawasan Kuala Lumpur dan dua lagi di Selangor dengan jumlah kes positif sehingga 300.

Melalui kenyataan disebarkan dalam aplikasi Telegeram, CPRC sebelum ini berkata sebanyak 17 daerah sudah dikenal pasti sebagai zon merah.

Selain Cheras, kawasan lain dalam Kuala Lumpur yang diletakkan sebagai zon merah ialah Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa.

Post a comment

0 Comments