Siksa jenazah, sampai hati orang kampung !


BUKAN
sahaja berduka atas kehilangan orang tersayang, sebuah keluarga di Indonesia diuji pula dengan tindak tanduk segelintir penduduk kampung.

Keluarga itu terpaksa mencari tanah perkuburan yang sanggup menerima jenazah saudaranya yang maut angkara koronavirus (Covid-19) untuk dikebumikan.

Ia angkara penduduk kampung Tumuyang dimana jenazah itu sepatutnya dikebumukan menganggap kuman koronavirus boleh merebak walaupun jenazah telah dikebumikan.

Tribunnews dalam laporannya berkata, Ketika arwah mahu dikebumikan, penduduk setempat menyatakan keberatan dan meminta keluarga berkenaan mencari kawasan perkuburan lain.

Waris yang masih berduka atas kematian tersebut cuba mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan untuk mengebumikan jenazah di tanah kerajaan, sekali lagi orang ramai membantah.

Hanya selepas kali keempat barulah jenazah berkenaan dibenarkan dikebumikan, kata Ketua daerah Banyumas di Jawa Tengah, Achmad Husein.

Menurut Achmad,  dia sudah menjalankan tanggungjawab dengan memberi penjelasan kepada penduduk kampung bahawa jenazah yang dikebumikan mengikut langkah-langkah yang ditetapkan tidak akan membahayakan orang ramai.

"Kemungkinan besar kebimbangan mereka itu berpunca daripada mesej yang tular di media sosial kononnya wabak ini boleh merebak walaupun selepas mayat ditanam," katanya menurut laporan itu.

Sebelum ini tular insiden dimana jenazah seorang individu yang maut akibat wabak itu dibawa pulang dan dibuka bungkusannya untuk ditatap penduduk sebuah kampung di negara itu.

Post a comment

0 Comments