Tahanan mati dalam lokap bukan sebab Covid-19


BEDAH
siasat dilakukan terhadap tahanan yang meninggal dunia di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong baru-baru ini mendapati ia tiada kaitan dengan koronavirus(Covid-19).

Ketua Polis Daerah Bentong. Yusof Unis, perkara itu diketahui selepas mayat lelaki berusia 30 tahun itu dihantar ke Hospital Bentong untuk menjalani ujian.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa tidak dijangkiti Covid-19," kata Yusof dipetik laporan sebuah portal.

Mangsa yang ditahan pada 2 April lalu atas kesalahan mencuri, meninggal dunia pada pagi 5 April selepas dilaporkan mengalami sesak nafas.

Anggota polis bertugas mendapati mangsa mengalami kesukaran bernafas pada kira-kira jam 12.50 malam pada Ahad sebelum memanggil ambulans.

Bagaimanapun, lelaki itu didapati meninggal dunia ketika ambulans tiba dan disahkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi.

Difahamkan, pada 6 April, bedah siasat dijalankan oleh jabatan forensik di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan.

Namun bedah siasat itu tidak dapat menentukan punca kematian. Polis kemudiannya mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut pada masa itu, sementara menunggu keputusan ujian.

Sementara itu, NGO hak asasi manusia, Suaram berkata kematian itu menimbulkan persoalan bagaimana tahanan itu dilayan oleh pihak polis dan menggesa inkues dijalankan. 

Post a comment

0 Comments