Tetapkan polisi pekerja asing segera ! - MEF


PENTADBIRAN Muhyiddin digesa membuat keputusan segera berhubung polisi pengambilan pekerja asing.

Gesaan itu dibuat Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) bagi memastikan warga tempatan mendapat peluang kerja sebaik negara keluar dari krisis pendemik koronavirus (Covid-19).

“Kerajaan perlu membuat keputusan mengenai perkara ini memandangkan pengangguran akan meningkat. Adakah kita akan terus menggaji pekerja asing? ” kata pengarah eksekutif MEF Shamsuddin Bardan dipetik sebuah portal.

Covid-19 telah menyebabkan kesan besar dari segi ekonomi dan industri dunia. Ia telah menyebabkan ramai penduduk dunia terpaksa berada dirumah.

Di Malaysia, dijangkakan banyak syarikat bakal terkesan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP). MEF menjangkakan sebilangan perniagaan tidak lagi boleh beroperasi seperti biasa, sementara syarikat memberhentikan pekerja tempatan.

Shamsuddin berkata kira-kira 2 juta rakyat Malaysia atau 13% daripada tenaga kerja boleh hilang pekerjaan berikutan kesan Covid-19 ke atas ekonomi dengan 78.7% syarikat akan memberhentikan atau mengurangkan sehingga 30% pekerja mereka.

Pada 22 April pula, Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) dalam satu kaji selidik mendapati 74% responden berasa subsidi gaji PKP tidak mencukupi untuk mengekalkan pekerja selama 3 hingga 6 bulan akan datang tanpa pemotongan gaji dan pengurangan tenaga kerja.

Ramai pekerja asing bekerja di bengkel kereta, syarikat pendawaian dan membaiki penyaman udara, restoran, kedai serbaneka 24 jam dan banyak tempat lain yang boleh diganti semula oleh rakyat tempatan.

"Kerajaan juga harus membuat keputusan mengenai kedai kecil yang dikendalikan oleh warga asing di pusat bandar dan langkah berperingkat menggantikan ribuan pengawal keselamatan warga asing dengan penduduk tempatan.

“Dalam sektor di mana rakyat Malaysia berkata mereka tidak mahu bekerja kerana ia ‘kotor’, jadi mari jadikannya kurang kotor dengan automasi,” kata Shamsuddin.

Post a comment

0 Comments