Tiada kes aktif, Perlis kini zon hijau


SELURUH
negeri Perlis kini merupakan “zon hijau” tanpa sebarang kes aktif koronavirus (Covid-19) di semua bandar di negeri itu.

Infografik dipaparkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan tidak ada lagi kes aktif wabak itu daripada 18 kes yang direkodkan di negeri itu.

Sementara infografik sama menunjukkan 14 daerah di seluruh negara masih kekal sebagai “zon merah”, jumlah itu menurun berbanding jumlah kumulatif 30 daerah sebelum ini

Jumlah kes aktif di zon merah yang terbesar masih di Lembah Pantai dengan 347 kes dan ini diikuti oleh Kuching dengan 217 kes.

Daerah Petaling berada di tangga ketiga dengan 106 kes.

KKM sebelum ini mengkategorikan mana-mana daerah dengan lebih 40 kes Covid-19 yang disahkan diklasifikasikan sebagai zon merah.

Daerah dengan 20 hingga 40 kes dilabelkan sebagai zon jingga sementara daerah di bawah 20 kes disenaraikan sebagai zon kuning.
 

Post a comment

0 Comments