Tiada kes kematian baru dilaporkan


KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengumumkan tiada pesakit koronavirus (Covid-19) meninggal dunia pada Sabtu.

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kematian akibat wabak itu kekal sebanyak 98, atau 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di Malaysia

Seramai 100 pesakit pula dilapor pulih dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah kes pulih kepada 3,862, atau 66.8 peratus.

Bagaimanapun, sehingga 12 tengah hari tadi, setakat pukul 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 5,780.

Mengambil kira pesakit yang sudah pulih, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di Malaysia kini seramai 1,880. 36 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sama seperti bilangan semalam.

Pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan berkurang seorang berbanding 16 yang dilapor semalam.

Sementara itu, Dr Noor Hisham  menasihati orang ramai agar terus kekal di rumah serta mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan yang baik.

"Orang awam dipohon untuk memainkan peranan masing-masing dalam menangani kejadian Covid-19 di Malaysia," katanya lagi.

Post a comment

0 Comments