Tiong King Sing menyusul Abdul Hadi dilantik duta bertaraf menteri


PRESIDEN
Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) Tiong King Sing dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke China.

Pelantikan itu yang setaraf kedudukan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri berkuatkuasa awal April lalu

Pelantikan tersebut diumumkan Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan.

"Tiong telah dilantik sebagai duta khas kepada perdana menteri ke China bertaraf menteri.

"Beliau akan berperanan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan," kata kenyataan itu.

Tiong merupakan anggota parlimen Bintulu selama lima penggal dan pernah menjadi duta khas perdana menteri ke Asia Timur pada 2014 hingga 2018.

Beliau sebelum ini dilapor menolak pelantikan sebagai timbalan menteri perpaduan negara yang ditawarkan oleh pentadbiran Muhyiddin pada awal pembentukan kabinet tempoh hari. 

Jawatan duta khas ke China itu sebelum ini dipegang Anggota Parlimen Cheras yang juga Pengerusi DAP Tan Kok Wai. Bagaimanapun jawatan itu yang disandang Tan tidak membawa status bertaraf menteri.
 

Post a comment

0 Comments