Universiti Oxford mula jalankan ujian vaksin


VAKSIN untuk mencegah koronavirus (Covid-19) yang dibangunkan di University of Oxford diuji ke atas manusia bermula hari ini.

Bagaimanapun, Profesor di Pusat Vaksin Oxford, Andrew Pollard yang dipetik media menjelaskan beberapa perkara akan menjadi persoalan ketika ujian ini dijalankan sama ada ia benar-benar berkesan.

“Pertama, apakah reaksi yang mungkin berlaku kepada vaksin ini? Kami tahu dengan vaksin seperti ini, ada yang akan demam dan sakit tangan. Kami juga ingin tahu sama ada ia akan menghalang COVID-19.

“Ini adalah sebab kenapa kita harus adakan ujian ke atas manusia. Kami berharap ia akan berjaya seperti yang diharapkan Setiausaha Kesihatan UK," katanya.

Tambah Andrew, ketika virus baru ini mula menular, ada kajian di Oxford tentang MERS koronavirus dijalankan, dan vaksin berkaitan MERS sedang diuji ke atas manusia.

"Apabila kod genetik COVID-19 ini dijumpai pada Januari, kami mampu untuk melihat kembali kod genetik dan menghasilkan vaksin ini dengan pantas.

"Ia dibangunkan di makmal dan kemudian ke pusat pengeluaran di Oxford untuk membuat satu dos vaksin ini yang siap untuk diuji,” katanya lagi.

Kerajaan United Kingdom (UK) sebelum ini menyumbang £20 juta (kira-kira RM110 juta) untuk pasukan berkenaan terus membangunkan vaksin tersebut.

Menurut Setiausaha Kesihatan UK, dua vaksin sedang dibangunkan di Oxford dan Imperial College dan kedua-dua projek berkenaan sedang menunjukkan pembangunan yang pantas.

Post a comment

0 Comments