Virus Covid-19 bermutasi jadi lebih ganas


KETUA Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mendedahkan virus Covid-19 telah bermutasi menjadi lebih agresif.

Bercakap dalam sidang media harian di Putrajaya siang tadi, Dr Noor Hisham memberitahu 30 mutasi dikesan dengan salah satu mutasi yang dikesan adalah pada Kes-26 yang setakat ini menjangkiti 120 yang lain.

"Difahamkan ada 30 mutasi setakat ini. Di Institut Kajian Perubatan (IMR) kita laksanakan pengasingan dan kultur virus.

"Kita dapati Kes-26 contohnya, ada satu mutasi. Dan mungkin sebab mutasi ni jadikan virus lebih ganas telah merebak dan jangkiti 120 orang.

"Jadi mutasi baru lebih dahsyat lagi. Itu pasti," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Noor Hisham sebelumnya ditanya  mengenai kajian di India yang menemukan 10 mutasi Covid-19.

Untuk rekod, Kes 26 telah dikenal pasti sebagai Hisham Hamdan, yang merupakan pengerusi UDA Holdings dan pengarah eksekutif Khazanah.

Hisham dilapor telah mengunjungi Shanghai, China pada pertengahan Januari sebelum dia mula mengalami gejala pada 27 Februari. Beliau tampil mededahkan dirinya sebagai Kes 26 awal bulan lalu berikutan laporan media dan kritikan terhadapnya kerana didakwa mencetuskan kluster jangkitan.

Hisham kemudian dirawat di Hospital Sungai Buloh setelah diuji positif dengan Covid-19, yang juga menyaksikan pihak berkuasa kesihatan berusaha untuk menguji semua kenalan rapat dan ahli keluarganya.

Semenyata itu, Dr Noor Hisham mengatakan bahawa IMR telah membuktikan bahawa kebanyakan kes positif yang dikesan pada gelombang pertama dan bahagian awal gelombang kedua adalah dari Strain B.

Strain B merupakan strain yang dapat dijejak dengan jangkitan di Wuhan, China, sementara Strain A kebanyakan dijumpai di AS, dan Strain C kebanyakan dijumpai di Eropah.

"Yang penting sekarang adalah melakukan penyelidikan mengenai gelombang kedua, yang melibatkan pesakit positif kita yang kembali dari negara-negara tertentu," tambah Dr Noor Hisham.

Post a comment

0 Comments