1 lagi mangsa Covid-19 dilaporkan maut hari ini



MALAYSIA
mencatatkan 37 lagi kes Covid-19 baru setakat tengahari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham.

Perkembangan terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan setakat ini adalah sebanyak 6,978,

Difahamkan, kes baru yang dilaporkan terdiri daripada dua kes import dan 35 penularan tempatan, daripada jumlah itu, katanya, 22 kes melibatkan bukan negara malaysia.

Noor Hisham juga hari ini memaklumkan satu lagi kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia ialah sebanyak 114 kes.

Kes kematian itu membabitkan wanita warganegara Malaysia berumur 77 tahun yang dinamakan sebagao pesakit ke-6942 yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit barah hati.

Beliau telah dirawat di sebuah pusat perubatan di Pahang dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mei jam 3.09 pagi.

Dalam perkembangan sama, seramai 31 lagi pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 5,646.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 ialah 1,218 kes.

Sebanyak 11 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan enam daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham turut menzahirkan rasa bimbang dengan perkembangan semasa yang menurutnya menunjukkan jumlah kes baru setiap hari tidak menurun dengan lebih ketara kerana kluster-kluster berkenaan aktif seperti kluster pasar Chow Kit dan Pudu yang kebanyakan individu dijangkiti Covid-19 adalah warga asing.

"Jadi kami berharap beberapa hari lagi kami dapat terus mengekalkan dua digit (kes harian). Selagi di bawah 50 (kes harian), saya gembira.

"Tetapi sasaran kami adalah untuk mencapai yang lebih rendah daripada ini. Kita dapat mencapainya jika kita dapat bekerjasama masyarakat mematuhi SOP," katanya.

Post a comment

0 Comments