135 pesakit pulih, 45 kes baru dikesan


SERAMAI
135 pesakit pulih daripada wabak Covid-19 dan dibenarkan pulang hari ini, maklum Kementerian Kesihatan MAlaysia (KKM).

Perkembangan terkini itu menjadikan jumlah pesakit yang telah pulih setakat ini kepada 4,702 orang, iaitu 73.15 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 45 kes baru dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini kepada 6,428 kes.

"(Daripada jumlah itu) sebanyak 1,619 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital," kata  ketika sidang media di Putrajaya.

Sebanyak 44 kes dari kes baru dilaporkan itu adalah daripada penularan tempatan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan seramai 22 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), sembilan pesakit memerlukan bantuan pernafasan, meningkat satu kes berbanding semalam.

Sementara itu, seorang lagi pesakit Covid meninggal dunia hari ini, menjadikan angka korban meningkat kepada 107, atau 1.66 peratus daripada jumlah kes.

Lelaki warga Malaysia yang dikenali sebagai pesakit 2,308 mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Mangsa yang berumur 51 tahun itu telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 April dan disahkan meninggal pada pukul 2.53 petang semalam.

Post a comment

0 Comments