16 pekerja dirempuh keretapi


KIRA-KIRA
16 pekerja migran yang tertidur akibat keletihan di atas landasan digilis kereta api kargo.

Kejadian itu berlaku di Maharashtra barat India berdekatan New Delhi pada Jumaat.

Menteri Hal Ehwal Perkhidmatan Kereta api Piyush Goyal yang dipetik laporan Bernama berkata, pemandu gagal menghentikan keretapi itu sebelum merempuh migran tersebut.

"Selepas melihat beberapa buruh tidur di atas landasan, pemandu cuba menghentikan kereta api tetapi gagal," katanya dipetik.

Pekerja itu dikatakan dalam perjalanan balik ke tempat asal mereka yang terletak beratus-ratus kilometer di negara jiran Madhya Pradesh.

Mereka difahamkan baru kehilangan kerja tertidur di landasan kerana keletihan, lapor media tempatan.

Ekoran kebanyakan perkhidmatan penumpang digantung akibat penularan koronavirus (Covid-19), kebanyakkan penumpang dilapor terpaksa berjalan kaki ke destinasi dituju mereka.

Sementara itu, mangsa yang cedera dibawa ke sebuah hospital di daerah Aurangabad.

Post a comment

0 Comments