22 kes baru dikesan, 9 warga asing


KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan 59 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh setakat ini berjumlah 5,571, atau 80.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini  turut melaporkan terdapat 22 kes jangkitan baru dilaporkan sehingga 12 tengah hari tadi.

"Ingin dimaklumkan daripada 22 kes baru yang dilaporkan, lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 17 kes adalah penularan tempatan di mana sembilan kes melibatkan bukan warganegara," katanya di Putrajaya hari ini.

Ketika ini tambah Dr Noor Hisham terdapat 1,210 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 .

Sebanyak 13 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan tujuh daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Noor Hisham juga memaklumkan tiada kes kematian baru yang dilaporkan, menjadikan angka korban akibat Covid-19 kekal sebanyak 113 orang, iaitu 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Post a comment

0 Comments