5 daerah baru zon hijau, Hulu Langat kini zon kuning


LIMA
daerah di beberapa negeri kini diisytiharkan bebas daripada wabak koronavirus (Covid-19) berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Lima daerah itu ialah Kuala Nerus dan Setiu di Terengganu, Sabak Bernam di Selangor, Daerah Simunjan di Sarawak dan Beaufort di Sabah.

Dengan perkembangan terkini itu, ia menjadikan  jumlah zon hijau 118, meningkat dari 113 sehari sebelumnya.

Kawasan yang bebas dari Covid-19 disebut sebagai zon hijau sementara daerah yang mempunyai 40 kes Covid-19 dilabel sebagai zon kuning.

Zon merah adalah kawasan yang mempunyai lebih daripada 40 kes Covid-19.

Sementara itu, Hulu Langat di Selangor, yang sebelumnya menyaksikan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) kini diisytihar sebagai zon kuning.

Ia susulan jumlah kes aktif di daerah itu turun dari 55 kepada 33.

Secara keseluruhannya, setakat ini terdapat 10 zon merah, turun satu berbanding hari sebelumnya.

Zon kuning dicatatkan pula ialah 73, turun lima berbanding hari sebelumnya.
 

Post a comment

0 Comments