54 kes baru, 1 kematian dilaporkan


MALAYSIA mencatatkan sebanyak 54 kes baru jangkitan koronavirus (Covid-19) direkodkan setakat tengah hari tadi.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata daripada 54 kes baru dilaporkan hari ini, sebanyak 28 kes baru dikaitkan dengan kluster Pedas di Rembau, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 bagi kluster tersebut meningkat sebanyak 88 kes.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 6,589, dengan 1,552 kes masih aktif.

Seramai 18 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 6 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, KKM mengumumkan seorang korban baru hari ini, menjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada  108 orang.

Kes kematian terbaru itu merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun, darah tinggi dan penyakit tiroid.

Mangsa dirawat di Hospital Melaka pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia semalam.

KKM juga memaklumkan seramai 65 lagi pesakit sembuh, dengan jumlah keseluruhan kini seramai 4,929 orang.

Post a comment

0 Comments