70 kes baru diumumkan Dr Noor Hisham


MALAYSIA
mencatatkan 70 kes Covid-19 baru hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat Isnin ialah 6,726 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media siang tadi memaklumkan bahawa 70 kes baru itu terdiri daripada 13 kes import dan 57 yang lain adalah kes jangkitan tempatan.

Daripada jumlah itu jelas Noor Hisham 31 melibatkan warga asing.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan satu kematian baru, menjadikan jumlah korban akibat wabak itu di Malaysia ialah 109.

Jelasnya, kes kematian ke-109 melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit barah hati.

Mangsa, pesakit kes ke-6657 telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 8 Mei 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 Mei 2020 jam 5.15 pagi.

Sementara itu, sebanyak 88 lagi dilaporkan pulih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh  ialah 5,113 kes atau 76 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Malaysia kini mempunyai 1,504 kes aktif yang sedang menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, 20 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tujuh daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Post a comment

0 Comments