Anwar dipilih semula sebagai ketua Pembangkang


DATUK
Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dinamakan sebagai ketua pembangkang yang baru oleh Pakatan Harapan (HARAPAN).

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, persetujuan tersebut sudah dimaklumkan HARAPAN kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, baru-baru ini.

"Setiausaha HARAPAN, Saifuddin Nasution Ismail dah maklumkan kepada speaker keputusan majlis presiden dan sudah dimaklumkan kepada semua parti yang berpihak kepada pembangkang serta Warisan.

“Keputusan Majlis Presiden  juga sudah dimaklumkan kepada semua parti yang bersama pembangkang termasuk sebahagian Bersatu dan Warisan,” katanya semasa sesi siaran langsung di Facebook.

Terdahulu ahli parlimen Port Dickson itu ditanya sama ada HARAPAN sudah menentukan calon ketua pembangkang atau belum, dan sudahkan speaker dimaklumkan mengenainya.

Anwar sebelum ini pernah mengetuai blok pembangkang di Dewan Rakyat sebanyak dua kali selepas pilihan raya umum 2008 dan 2013.

Pengumuman Anwar itu tidak mengejutkan selepas Bersatu menarik diri daripada HARAPAN untuk membentuk kerajaan baharu di Putrajaya bersama UMNO dan Pas dengan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta parti-parti lain di Sabah.

Post a comment

0 Comments