Bimbang longgar PKP jadi punca kluster baru


LANGKAH melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan membenarkan perniagaan dibuka semula bermula minggu depan membangkitkan rasa bimbang dikalangan pakar kesihatan.

Azrul Mohd Khalib, pengarah eksekutif di Pusat Galen untuk Kesihatan dan Dasar Sosial dipetik berkata, tindakan itu boleh membawa kepada gelombang baru jangkitan koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Orang ramai jelasnya boleh terkeliru dengan tatacara operasi standard yang dikeluarkan juga kemungkinan tentang ketidakpatuhan dilakukan individu tertentu

“Ini boleh mengakibatkan Malaysia beralih dari satu PKP kepada PKP lain beberapa bulan kemudian,” katanya  dipetik FMT.

Putrajaya hari ini mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan bersyarat dengan hampir semua sektor ekonomi, kegiatan perniagaan dan sosial akan dibenarkan dengan tertakluk kepada syarat-syarat dan tatacara operasi standard bermula 4 Mei.

Menyifatkan keputusan itu sebagai mendadak, Azrul berpandang ia lebih baik diumumkan selepas 12 Mei apabila PKP dijadualkan tamat.

“Ini akan memberikan sekurang-kurangnya 1 minggu untuk buat persiapa

“Kekurangan dari segi persediaan akan menyebabkan pelaksanaan SOP kurang berjaya, meningkatkan risiko, kekecewaan, konflik, ketegangan dalam masyarakat, dan paling penting, peningkatan jangkitan dan penularan penyakit.” katanya dipetik portal itu.

Sementara itu, presiden Persatuan Doktor-doktor Johor, Dr Ng Kim Fong turut melahirkan rasa bimbang dengan kelonggaran baru itu yang boleh menjadi punca kepada peningkatan kes.

"Kita perlu buat lebih banyak ujian,” tambah Ng yang sebelum ini melancarkan tabung mengutip dana untuk pengeluaran kelengkapan pelindung diri (PPE) untuk petugas barisan depan.

Post a comment

0 Comments