Cedera tertimbus ketika gali kubur


SEORANG
lelaki cedera apabila tertimbus tanah ketika sedang menggali sebuah liang kubur.

Dalam kejadian di tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Jalan Benta Jerantut pada Selasa itu, mangsa Mohd Nor Aizam Ghazali@Jamaluddin, 37,  dilapor mengalami kecederaan di bahagian kaki dan leher.

Penolong Penguasa Bomba Mohamad Zulkifli Mohamad Zainal yang dipetik laporan Sinar berkata, mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi dan dibawa ke Hospital Jerantut bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa menerima rawatan
Tujuh anggota dan seorang pegawai bomba turut dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

"Setibanya di lokasi didapati mangsa telah berjaya diselamatkan orang awam.

"Pihak bomba kemudian membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi," katanya dipetik.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan bagaimanapun mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut.

Post a comment

0 Comments