Covid-19: 103 kes baru dikesan


SEBANYAK
103 lagi kes Covid-19 baru dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah sebanyak 7,732 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Daripada 103 kes baru, tujuh merupakan kes import.

Daripada 96 kes jangkitan tempatan pula, 84 kes melibatkan warga asing, yang terdiri daripada 53 kes dari kluster Pedas, iaitu membabitkan syarikat kilang memproses ayam di Negeri Sembilan. Sebanyak 24 kes dikesan pula melibatkan kluster syarikat pembersihan.

Justeru, kata Noor Hisham, hanya 12 kes melibatkan warganegara malaysia.

Sementara itu jelasnya 66 lagi pesakit sembuh sepenuhnya tengahari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 6,235, atau 80.64 peratus daripada keseluruhan kes.

Mengambil kira kes yang sudah sembuh, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 1,382 kes.

Noor Hisham juga hari ini memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes.

Post a comment

0 Comments