Covid-19: 30 kes baru, 83 sembuh hari ini


30 lagi kes baru koronavirus (Covid-19) dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang sehingga kini ialah 6,383 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya hari ini memaklumkan bahawa 30 kes baru itu merupakan kes jangkitan tempatan.

Kes-kes itu jelasnya dikesan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa sebanyak 83 lagi pesakit pulih hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh ialah sebanyak 4,567 atau 71.55 peratus.

Sebanyak 1,710 kes aktif dilaporkan dan daripada  jumlah itu, 24 dirawat di Unit rawatan rapi, dengan lapan daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Satu lagi kematian baru dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah korban Covid-19 di Malaysia 106. atau 1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes direkodkan.

Kematian ke-106 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun.

Pesakit 830 itu telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta mulai 15 Mac dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada 16 Mac setelah disahkan positif Covid-19.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.10 pagi Selasa.

Post a comment

0 Comments