Covid-19: 30 kes baru, 95 pesakit pulih


KEMENTERIAN
Kesihatan mengumumkan 30 kes baru Covid-19 dikesan hari ini.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan setakat siang tadi adalah sebanyak 7,762 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baru itu terdiri daripada tiga kes import dan 27 kes jangkitan tempatan.

Jelasnya, daripada 27 jangkitan tempatan, 17 kes melibatkan warga asing dan 10 yang lain melibatkan warga tempatan.

Kesemua mereka jelasnya sudah diasingkan dan kini sedang menerima rawatan.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan 95 lagi pulih dari jangkitan wabak itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih ialah 6,330 atau 81.55 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia setakat ini ialah 1,317.

Daripada jumlah itu, sembilan pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham juga hari ini memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes.

Post a comment

0 Comments