Covid-19: 3.6 juta dijangkiti, kematian lebih 250 ribu


JUMLAH kematian Covid-19 di seluruh dunia melepasi angka 250,000 orang, dengan lebih 85% daripadanya direkodkan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Perkembangan itu berdasarkan statistik rasmi dari pelbagai sumber termasuk daripada wikipedia

Pada Isnin, AS mencatatkan 68,689 kematian, paling banyak berbanding negara lain, manakala Eropah ialah benua yang paling teruk terjejas akibat Covid-19 dengan 145,023 kematian.

Menurut data tidak rasmi terbaharu dikeluarkan pagi tadi, jumlah kematian terkini di AS telah meningkat kepada lebih 73,000 orang.

Sejak koronavirus dikesan di China pada Disember lalu, lebih 3.6 juta orang telah dijangkiti virus itu. Kadar jangkitan adalah 474 orang bagi setiap sejuta orang.

Selepas AS, angka korban kedua tertinggi direkodkan di Itali (29,079), United Kingdom (28,734), Sepanyol (25,428) dan Perancis (25,201).

Lebih 1.5 juta orang disahkan positif koronavirus di Eropah, tetapi kebanyakan negara hanya menjalani ujian saringan ke atas kes paling serius.

Daripada 3.6 juta itu, kira-kira 1.2 juta daripadanya dilapor telah pulih.

Pada 7 Mac lalu, dunia merekodkan jumlah jangkitan lebih 100 ribu orang dan jumlah itu meningkat secara mendadak sejak 20 Mac lalu dengan sejuta orang dilapor telah dijangkiti wabak itu pada 4 April lalu.

Post a comment

0 Comments