Covid-19 boleh berjangkit melalui mata


KETUA Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa virus koronavirus (Covid-19) boleh menular melalui mata.

Jesteru itu tegasnya, saranan penjarakan satu meter penting bagi mengelakkan virus berjangkit melalui mata.

"Virus (Covid-19) boleh masuk ke dalam mata, oleh itu elakkan tangan daripada selalu menyentuh muka dan mata," katanya pada sidang media harian Covid-19, di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, penyelidik University of Hong Kong (HKU) mendedahkan, mata merupakan antara penting bagi virus itu masuk ke dalam tubuh manusia.

Pasukan diketuai oleh Dr Michael Chan Chi-wai, dari sekolah kesihatan awam HKU, antara penyelidik pertama memberikan bukti bahawa Covid-19 dapat menjangkiti manusia melalui kedua-dua titik masuk ketika menerbitkan penemuannya dalam edisi terbaru The Lancet Respiratory Medicine

Kajian itu mendapati penyebaran virus Covid-19 adalah 100 kali lebih tinggi daripada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan selesema burung (H5N1) dalam dua lubang mulut yang diuji oleh pakar kesihatan awam.

Ujian makmal mendedahkan "tahap virus" SARS-Cov-2 - coronavirus yang menyebabkan penyakit Covid-19 - jauh lebih besar daripada SARS di saluran udara pernafasan atas dan konjunktiva, sel-sel yang melapisi permukaan mata.

"Kami mendapati bahawa SARS-Cov-2 jauh lebih efisien dalam menjangkiti konjungtiva manusia dan saluran udara pernafasan atas berbanding SARS, dengan tahap virus sekitar 80 hingga 100 kali lebih tinggi. Ini menjelaskan kebolehjangkitan COVID-19 yang lebih tinggi daripada SARS.

"Kajian ini juga menyerlahkan fakta bahawa mata mungkin adalah laluan penting jangkitan manusia untuk SARS-CoV-2," tambah Dr Chan.

Post a comment

0 Comments