Covid-19: Tiada kematian baru dilaporkan


TIADA
korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kekal 113 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 47 pesakit Covid-19 baru dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia setakat ini sebanyak 6,941 kes.

Daripada jumlah kes baru itu,katanya, 21 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, 26 kes lagi penularan tempatan dengan 17 kes membabitkan bukan warganegara Malaysia.

Ketika ini, seramai 1,213 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 13 di unit rawatan rapi dengan 6 memerlukan bantuan pernafasan.

"Hari ini sebanyak 44 kes sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang. Dengan pertambahan kes sembuh itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 5,615 kes atau 80.9 peratus dari keseluruhan keskatanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham sementara itu berkata,  13.8% atau 961 daripada 6,941 pesakit positif Covid-19 terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah pula merangkumi 318 orang atau 4.6%.

“Jika dilihat dari segi faktor komorbiditi (menghidap 2 atau lebih penyakit serentak), setakat 17 Mei lalu didapati 10.8% (744 kes) daripada keseluruhan kes positif Covid-19 menghidap penyakit kronik.

“Misalnya penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Kumpulan berisiko tinggi ini perlu dilindungi.” tegasnya.

Post a comment

0 Comments