Hong Kong diserang wabak misteri


HONG KONG
sekali lagi berdepan wabak misteri selepas ia pertama kali dikesan pada 2018.

Memetik laporan CNN, seramai 10 lagi penduduk di bandar raya itu dilapor disahkan positif hepatitis E tikus yang digelar HEV tikus.

Kes terbaharu yang dilaporkan membabitkan seorang lelaki berusia 61 tahun yang berdepan masalah fungsi hati tidak normal dan didiagnos positif pada 30 April lalu.

"Secara tiba-tiba, kita berdepan ancaman virus yang boleh disebarkan dari tikus jalanan kepada manusia," kata  Dr Siddharth Sridhar, ahli mikrobiologi di University of Hong Kong yang membuat penemuan virus itu.

Sebagai rekod, kes pertama berkaitan wabak misteri itu melibatkan pesakit berusia 58 tahun yang menjalani pemindahan hati kira-kira dua tahun lalu, .

"Mungkin terdapat ratusan lagi jangkitan yang gagal dikesan di luar sana. Bagaimana ia tersebar kepada manusia masih jadi misteri.

"Sama ada melalui makanan tercemar atau melibatkan haiwan lain. Kami masih belum temui jawapan," ujar Sridhar.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus hepatitis E biasanya disebarkan melalui air yang tercemar dengan najis pesakit, namun penyebaran oleh tikus mencetuskan tanda tanya kerana penyelidik masih gagal untuk mengenal pasti bagaimana penularan itu boleh berlaku.

Difahamkan, saintis turut menguji populasi tikus di seluruh Hong Kong untuk mengenal pasti kluster haiwan itu sebelum ia menularkan virus tersebut kepada manusia, namun kajian itu masih gagal mengetahui tempoh inkubasi sebelum pesakit didiagnos positif.
 

Post a comment

0 Comments