Kadar sembuh meningkat kepada 75.5 peratus


KETUA
Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada kes kematian terbaru berkaitan koronavirus (Covid-19) dilaporkan hari ini.

Ia menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kekal 108 orang setakat kini.

Bercakap pada sidang media harian Kementerian itu di Putrajaya siang tadi, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 67 kes jangkitan baru, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 6,656 orang sehingga kini.

“49 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia,” katanya.

Seorang rakyat Malaysia pula difahamkan dijangkiti di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di sekitar pasar borong Kuala Lumpur.

Sementara itu tambah Dr Noor Hisham, seramai 1,523 pesakit sedang menerima rawatan.

Daripada jumlah tersebut, 18 di unit rawatan rapi dengan 6 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Seramai 96 pesakit Covid-19 pula pulih dan dibenarkan keluar wad hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,025 orang sehingga kini.

Jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh menurut beliau bersamaan 75.5% daripada jumlah keseluruhan kes.

Ssementara jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia adalah  1.62% dari keseluruhan kes dilaporkan.

Post a comment

0 Comments