Kayuh 1200 kilometer, remaja perempuan ditawar jadi atlet


SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun diundang mencuba nasib menyertai pasukan berbasikal India.

Sebelumnya remaja itu, Jyoti Kumari mengayuh basikal membawa bapanya yang cedera seorang pekerja migrasi dengan membawa barangan peribadi ke kampung mereka di utara daerah Bihar yang terletak lebih 1000 kilometer dari bandar Gurugam berhampiran New Delhi.

"Dia dapat berkayuh dengan jarak berkenaan dalam tujuh hari bersama bapanya dan juga barangan mereka. Saya fikir dia mempunyai sesuatu dalam dirinya... tahap kecekalan. Kami boleh memberi peluang kepadanya," kata Pengerusi Persekutuan berbasikal India, Onkar Singh.

Tindakan nekad Kumari membawa pulang ayahnya menempuh perjalanan hampir 1200 kilometer adalah susulan susulan had pergerakan COVID-19.

Mereka selamat tiba di kampung pada 16 Mei selepas berkayuh selama tujuh hari.

Paswan yang bekerja sebagai pemandu beca bermotor, adalah antara jutaan pekerja migrasi yang berdepan masalah kerja selepas negara berkenaan melakukan had pergerakan pada Mac bagi mengurangkan penularan virus merbahaya itu.

Tanpa sumber kewangan untuk membayar sewa atau membeli makanan dan pengangkutan awam disekat, kebanyakan mereka membuat keputusan untuk merentasi kawasan dengan berjalan kaki atau - sama seperti Kumari dan Paswan - mengayuh basikal ke kampung halaman.

Lebih menghayat hati, anak beranak itu melakukan perjalanan dengan membeli basikal terpakai yang dibeli menggunakan baki wang mereka.

Detik perit dihadapi pasangan anak beranak itu mendapat perhatian Persekutuan Berbasikal India.

"Dia berkata, kemahuannya adalah hanya untuk menyambung pelajarannya. Kami memberitahunya yang kami juga akan menjaga pelajarannya di akademi kami." tambah Singh.

Kumari dijangka akan kembali ke Delhi selepas had pergerakan di negara berkenaan ditamatkan untuk diuji sekiranya dia sesuai untuk saingan kompetitif berbasikal.
 

Post a comment

0 Comments