Kedah tangguh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat


KERAJAAN
Negeri Kedah menangguhkan sementara Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan Muhyiddin Yassin.

Menteri Besar Mukhriz Mahathir berkata, penangguhan itu sehingga mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas Covid-19) membuat keputusan mengenainya pada Selasa.

Tegasnya, keputusan itu dibuat kerana kerajaan negeri tidak mahu mengambil risiko perlaku penularan semula wabak itu di negeri tersebut.

“Pendirian ini diambil bagi menjamin Kedah kekal sebagai zon hijau dan rakyat tidak terancam dengan jangkitan virus Covid-19.

“Keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikompromi. Buat sementara waktu, terus kekal di rumah dan amalkan penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu jelasnya,  kerajaan negeri akan memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB dan kelonggarannya akan diteliti bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini.

Keputusan itu menyusul ketetapan serupa dibuat Kerajaan Negeri Sarawak yang turut menangguhkan kelonggaran dibuat pentadbiran Muhyiddin itu.

Post a comment

0 Comments