Kes baharu Covid-19 kembali catat 2 angka


MALAYSIA
mencatatkan 55 lagi kes baru berkaitan koronavirus (Covid-19) hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan ialah 6,353 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media siang tadi memaklumkan bahawa daripada 55 kes baru itu, tujuh merupakan kes import.

Sebanyak 48 kes baru lain merupakan kes jangkitan tempatan, dengan 24 daripadanya dikesan di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Dalam sidang medianya juga, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa tiada kematian baru dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Jumlah korban Covid-19 di Malaysia kekal 105 atau 1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.

Sementara sebanyak 71 lagi pesakit pulih dari jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh setakat hari ini ialah seramai 4,484 orang atau 70.6 peratus.

Dengan perkembangan terbaharu itu, sebanyak 1,764 kes aktif dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu, sebanyak 28 dirawat di Unit rawatan rapi, dengan 13 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Post a comment

0 Comments