Kes baru koronavirus meningkat semula


KEMENTERIAN
Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 122 kes baru koronavirus (Covid-19) di Malaysia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 6,298

Ia merupakan hari kedua berturut-turut kes baru melebihi melebihi 100 setelah mencatatkan dua angka untuk tempoh 16 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan daripada kes baru itu 70 kes yang dikesan adalah penularan tempatan manakala 52 lagi kes import.

Beliau turut memaklumkan, kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak setakat kini sebanyak 1,780 kes.

Daripada jumlah itu tambahnya, 27 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 13 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah pesakit yang sembuh dan dibenarkan pulang hari ini adalah seramai 87 orang, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 4,413, atau 70 peratus daripada keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan dua lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah korban setakat kini 105 orang.

Kematian ke-104 merupakan lelaki warga Malaysia berumur 82 tahun, mangsa merupakan pesakit 5,539 mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit jantung.

Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 April dan disahkan meninggal dunia pada pukul 6.29 petang, semalam.

Kematian ke-105 pula membabitkan Lelaki warga Malaysia berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah

Pesakit 5,837 itu telah dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban pada 27 April dan disahkan meninggal dunia pukul 9.46 pagi, hari ini.

Post a comment

0 Comments