Laga kaum di FB : ADUN buat laporan polis


SATU
laporan polis dibuat berhubung penularan mesej dan berita palsu di media sosial yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang,  Chow Kon Yeow.

Laporan itu dibuat  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid di Balai Polis Jalan Patani, Pulau Pinang semalam. 

Tegas Syerleena, mesej itu yang disebarkan melalui platform media sosial, Facebook Det Santai Dee Villa tersebut adalah helah politik toksid yang sengaja ingin memecah-belahkan ketenteraman awam dan perpaduan kaum.

“Diharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkenaan (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM) dapat menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menyebarkan fitnah ini.

“Urusan ekonomi serta kesihatan awam harus diutamakan pada masa sekarang apabila negara kita menghadapi cabaran pandemik COVID-19.

“Tiada tempat bagi penyebaran fitnah yang berasaskan perkauman dan kebencian,” tegasnya.

Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Teh Lai Heng; dan wakil-wakil dari parti DAP (Parti Tindakan Demokratik), KEADILAN (Parti Keadilan Rakyat) serta Amanah negeri.

Syerleena turut menunjukkan paparan screen mesej berkaitan yang tular sejak beberapa bulan lalu, antaranya yang berbunyi:

“Melayu yang sokong DAP adalah Melayu bangsat, jadi perosak kepada bangsa, agama dan negara (bertarikh 26 Mei 2020, jam 15:57 petang)

“Matlamat DAP bila dah dapat kuasa, yang ini khadam-khadam DAPig mesti suka dan bangga (bertarikh 29 Mac 2020, jam 11:45 pagi),”

Post a comment

0 Comments