Lelaki ditemui mati antara 2 kes kematian baru


MALAYSIA
mencatatkan 37 kes baharu dilaporkan, dimana 21 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

"Ingin dimaklumkan juga, bahawa daripada 37 kes baharu yang dilaporkan hari ini, terdapat empat kes import dan 33 kes penularan tempatan.

"Oleh itu, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,779 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,387 kes," ujarnya.

Sementara itu tambahnya, 58 kes positif Covid-19 telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 5,281 kes (77.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham memaklumkan dua kes kematian berkaitan Covid-19 yang dilaporkan sehingga tengah hari Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kematian  setakat kini sebanyak 111 kes.

Satu daripadanya membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 30 tahun yang ditemui mati di Rompin, Pahang.

"Keputusan ujian sampel yang diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 12 Mei 2020.

"Kes ini di bawah siasatan pihak Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Kesihatan Rompin. Punca jangkitan belum dikenalpasti dan masih di dalam siasatan," jelasnya.

Sementara jelas Dr Noor Hisham, kes kematian ke-111 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 90 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kronik pernafasan.

Pesakit ke-5195 itu telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 16 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 13 Mei 2020 jam 10.36 pagi.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan,  seramai 16 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Post a comment

0 Comments