Lelaki maut dirempuh pesawat sedang mendarat


SEORANG
lelaki dilapor terbunuh selepas dirempuh sebuah pesawat komersial jenis Boeing 737 yang sedang mendarat.

Kejadian itu berlaku di Landansan 17R Lapangan Terbang Austin, Texas, pada malam Khamis itu,

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam kenyataanya berkata, juruterbang pesawat Southwest Airlines 1392 itu sedang membuat pendaratan sebelum melihat seorang individu berada di laluan tersebut ketika mendarat pada jam 8.12 malam waktu tempatan.

Susulan itu kakitangan operasi lapangan terbang telah bergegas ke lokasi dan menemukan mayat lelaki tersebut di atas landasan.

Sementara itu, jurucakap lapangan terbang, Bryce Dubee berkata pegawainya tidak tahu bagaimana lelaki yang tidak dikenali itu boleh berada di landasan tersebut.

Pihaknya dilapor sedang menyiasat insiden tersebut bagi menentukan punca kejadian.

Difahamkan, pesawat itu sebelumnya berlepas dari Dallas.
 

Post a comment

0 Comments