MAA gesa pencegahan ekstra dikalangan pekerja asing


PERSATUAN
Perubatan Malaysia (MMA) menggesa agar langkah pencegahan ekstra perlu diambil untuk menghentikan penularan Covid-19 dalam kalangan pekerja, khususnya pekerja asing.

Presidennya Dr N Ganabaskaran berkata tumpuan lebih perlu diberikan kepada jarak fizikal selamat, pemakaian pelitup muka dan kebersihan diri dalam kalangan pekerja, dengan ujian saringan ditumpukan kepada pekerja asing selaras dengan pendekatan tertumpu Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata selain pentingnya menjalani ujian saringan Covid-19, penekanan lebih juga perlu diambil untuk mencegah pendedahan kepada risiko jangkitan.

"Seseorang mungkin memperoleh keputusan ujian negatif dan masih terdedah kepada jangkitan selepas menjalani ujian, jika langkah pencegahan seperti jarak fizikal dan kebersihan diri tidak dipantau. Dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja asing (sah, tidak sah, tanpa dokumen), adalah perlu untuk menguji kumpulan ini dengan data berdaftar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata majoriti pekerja asing di negara ini tinggal dalam keadaan bersesak di asrama pekerja, kabin tapak pembinaan, bilik rumah kedai, rumah teres atau pangsapuri yang jarak fizikal dan kebersihan diri sukar dipantau.

"SOP (prosedur operasi standard) untuk penginapan pekerja asing mungkin diperlukan bersama pemeriksaan rawak oleh pihak berkuasa. Walaupun ujian ke atas pekerja asing diperlukan, beberapa langkah mesti diambil untuk mengatasi keadaan hidup pekerja asing," katanya dipetik laporan Bernama.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan 172 kes baharu berkaitan Covid-19.

Daripada jumlah itu, 167 kes merupakan penularan tempatan dengan 159 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 112 kes telah dikesan di tiga Depot Tahanan Imigresen (DTI)

Post a comment

0 Comments