Mayat gelandangan ditemui, dipercayai dibunuh


SEORANG pengawal keselamatan sebuah sekolah di Serdang menjumpai mayat seorang gelandangan yang dipercayai dibunuh.

Mayat itu ditemui di perhentian bas di hadapan sebuah sekolah rendah berhampiran Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), Seri Kembangan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, mayat lelaki berusia 41 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati terdapat kesan tetakan di kepala mangsa dan dipercayai mangsa telah dibunuh malam semalam.

Polis dibantu kakitangan KKM memeriksa mayat
"Satu tilam dipercayai milik mangsa turut ditemui berada di dalam longkang, namun tiada senjata berkaitan kes itu ditemui," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Ismadi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, selain itu, pihaknya juga mengikuti prosedur operasi standard (SOP) bagi pengendalian kes di lokasi kejadian dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

“Selain pihak forensik, kami juga dibantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pengendalian siasatan kes di lokasi berikutan penularan wabak Covid-19 ketika ini,” katanya dipetik.

Post a comment

0 Comments