Monyet curi sampel darah positif Covid-19


SEKUMPULAN
monyet di India dilapor melarikan sampel darah pesakit yang didiagnos positif koronavirus (Covid-19).

Menurut agensi berita antarabangsa, kejadian itu berlaku awal minggu lalu apabila juruteknik makmal sedang berjalan di kampus kolej perubatan di Meerut yang terletak 460 kilometer di utara Lucknow, Uttar Pradesh sebelum diserang kumpulan monyet tersebut.

"Monyet itu merampas sampel darah empat pesakit Covid-19 yang sedang dirawat. Kami terpaksa mengambil semula sampel darah mereka," kata Dr SK Garg.

Kejadian itu telah menyebabkan penduduk yang tinggal berhampiran kampus itu bimbang akan penularan virus tersebut jika monyet tersebut menyebarkannya darah tersebut di kawasan penempatan penduduk.

Sehingga kini pihak berkuasa memaklumkan mereka tidak pasti sama ada sampel darah itu tertumpah.

Tambah Garg, beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada haiwan terbabit boleh dijangkiti virus itu daripada darah tercemar tersebut.

"Tiada bukti menunjukkan monyet boleh mendapat jangkitan," ujarnya.

Setakat ini, India telah merekodkan 165,799 kes dan 4,706 kematian.

Difahamkan, kumpulan monyet semakin banyak berkeliaran di kawasan penempatan dan mencetuskan kekacauan serta menyerang penduduk berikutan aktiviti manusia yang dilakukan secara berleluasa ke atas habitat semula jadi haiwan tersebut. 

Post a comment

0 Comments