Muntholib maut tersepit lif


SEORANG
lelaki yang bekerja sebagai penyelenggaraan maut tersepit ketika sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan lif di sebuah hospital di Johor Baharu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang itu, mangsa yang merupakan seorang warganegara Indonesia dikenali sebagai Muntholib, 39, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan hospital tersebut.

Mayat mangsa dikeluarkan
Sepasukan 10 anggota dan sebuah jentera serta satu unit EMRS  Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Tinggi II, K Karupannan berkata,  ketika kejadian difahamkan mangsa sedang membuat kerja-kerja pertukaran lif baharu bersama tiga lagi rakannya.

"Secara tiba-tiba salah seorang rakan mangsa yang berada di bawah terdengar bunyi dari bahagian atas. Mereka bergegas naik untuk memeriksa punca bunyi itu.

"Mangsa didapati tersangkut pada bahagian besi lif antara tingkat 1 dan 2. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia," katanya dipetik.

Post a comment

0 Comments