Palestin hapus perjanjian dengan Israel dan Amerika


PALESTIN dilapor menghapuskan semua perjanjian serta kesepakatan dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Tindakan pada selasa itu diputuskan bagi membantah rancangan rejim zionis itu keatas sebahagian wilayah Tebing Barat

"Pertubuhan Pembebasan Palestin dan Negara Palestin, mulai hari ini bebas daripada semua kewajipan perjanjian dan persefahaman dengan Amerika dan Israel, termasuk perjanjian keselamatan," kata Presiden Mahmoud Abbas di Ramallah dipetik laporan agensi berita Xinhua.

Abbas berkata Israel perlu menggalas tanggungjawab dan kewajipan terhadap semua akibat serta kesan sebagai pihak penjajah, berdasarkan undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan, khususnya Konvensyen Geneva Keempat 1949.

Dalam ucapannya, Abbas menyatakan pentadbiran AS "bertanggungjawab penuh atas penindasan terhadap rakyat Palestin dan kami menyifatkan AS sebagai dalang utama dalam semua keputusan dan tindakan agresif Israel terhadap rakyat kita."

Beliau mendesak negara yang membantah pelan damai Presiden Donald Trump, dikenali 'Deal of the Century', untuk mengambil "langkah-langkah pencegahan dan mengenakan sekatan serius untuk menghalang rejim Israel terus menjajah hak rakyat Palestin."

Abbas berkata Palestin akan terus mara ke hadapan dengan menandatangani lebih banyak perjanjian dan konvensyen antarabangsa.

"Kami akan terus berjuang mempertahankan hak rakyat kami menerusi saluran pihak berkuasa dan mahkamah antarabangsa. Dalam konteks ini, kami yakin dengan kebebasan dan integriti Mahkamah Jenayah Antarabangsa," tambahnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebaik barisan kabinet kerajaan baharu dibentuknya pada Ahad mengisytihar rancangannya untuk tambah milik sebahagian wilayah Tebing Barat dan melaksanakan undang-undang mengenai penempatan Israel yang dibina di kawasan tersebut.

Post a comment

0 Comments