Parlimen hanya dengar titah diraja, tiada perbahasan


DISEBALIK gesaan supaya Dewan Rakyat bersidang penuh, satu lagi perkembangan mengejutkan berlaku hari ini.

Dalam satu kenyataan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, memberitahu sidang yang dijadualkan berlangsung sehari pada 18 Mei ini, hanyalah semata-mata bagi mendengar titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa melibatkan sebarang urusan lain.

Menurut Ariff, pemakluman itu diterima daripada Muhyiddin selaku ketua Majlis Dewan Rakyat.

BACA:
Pakej Kak Kiah- Muhyiddin digesa panggil sidang tergempar

BACA: Pemimpin gesa sidang penuh Parlimen

Perkembangan terbaharu itu berbeza daripada notis lebih awal oleh setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat sebelum ini, yang menyatakan  dewan akan membincangkan rang undang-undang dan usul urusan kerajaan sahaja sebaik titah diraja pada sidang 18 Mei ini.

Perubahan agenda ini bermakna, tiada ruang terbuka untuk mana-mana usul, baik oleh kerajaan mahupun pembangkang termasuk usul undi tidak percaya dibuat Tun Dr Mahathir terhadap Muhyiddin Yassin.

Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini mendesak agar persidangan itu dilanjutkan bagi membolehkan isu mengenai wabak koronavirus (Covid-19) dibahaskan.

Sesetengah pihak beranggapan bahawa keenganan pentadbiran Muhyiddin untuk melanjutkan tempoh persidangan itu dilihat sebagai tanda ketidakyakinan Presiden Bersatu itu atas sokongan diperolehinya. 

BACA:
Tangguh sidang parlimen bukti k'jaan Muhyiddin takut



Ahli Parlimen Seputeh dari DAP Teresa Kok, dalam respons mengenai keengganan itu sebelum ini berkata, ia hanya menunjukkan Muhyiddin terlalu takut untuk mengadakan sidang Parlimen.

“Dia takut nak berhadapan dengan HARAPAN di parlimen,” katanya.

Post a comment

0 Comments